DIET PEMAKANAN

Mari kita bermula dengan tip-tip diet dan pemakanan dahulu…

  1. Makan 5-7 hidangan kecil berbanding 3 hidangan besar (sarapan, makan tengahari dan makan malam). Kaedah ini bukan sahaja bagus untuk membantu anda mengawal nafsu atau selera pemakanan malahan dapat jadikan anda kekal bertenaga sepanjang hari.
    .
  2. Jangan skip hidangan. Ini tidak akan membantu anda kuruskan badan kerana 2 faktor iaitu; 1. nafsu makan akan bergelora dan 2. metabolisma badan akan menurun.
    .
  3. Kenali keperlukan kalori seharian anda. Ramai yang tidak mengenali keperluan kalori seharian masing-masing. Tapi kalau tak tahu, macamana nak mengawal kuantiti pemakanan?!


    Apa itu kalori? 
    Kalori sebenarnya ialah unit ukuran untuk tenaga.
    .
    .

    Kalori Yang Diperlukan (Lelaki)

    Berat
    (kg-lbs)

    Umur
    18 ~ 35
    Umur
    36 ~ 55

    Melebihi
    55

    60 kg – 132 lbs

    2480

    2300

    1900

    65 kg – 143 lbs

    2620

    2400

    2000

    70 kg – 154 lbs

    2760

    2480

    2100

    75 kg – 165 lbs

    2900

    2560

    2200

    80 kg – 176 lbs

    3050 2670

    2300

    85 kg – 187 lbs

    3200

    2760

    2400

    90 kg – 198 lbs
    (dan lebih)

    3500

    3000

    2600

    .
    Kalori Yang Diperlukan (Wanita)

    Berat

    Umur
    18 ~ 35
    Umur
    36 ~ 55

    Melebihi
    55

    45 kg – 100 lbs

    1760 cals

    1570 cals

    1430 cals

    50 kg – 110 lbs

    1860

    1660

    1500

    55 kg – 121 lbs

    1950

    1760

    1550

    60 kg – 132 lbs

    2050

    1860

    1600

    65 kg – 143 lbs

    2150

    1960

    1630

    70 kg – 154 lbs

    2250

    2050

    1660

    75 kg – 165 lbs
    (dan lebih)
    2400 2150 1720

    .
    Baca info lanjut tentang PANDUAN KALORI MAKANAN
    P.

    .

  4. Roti canai … hmm berapa kalori tu?Pastikan anda kenali kandungan kalori-kalori makanan dan minuman seharian anda.
    .
  5. Elakkan kalori daripada minuman.Ini adalah tip kuruskan badan yang paling senang. Dengan hanya gantikan minuman bergula seperti teh ais, milo, soft drink dan lain-lain dengan air bebas gula, anda boleh kurangkan lebih kurang 10kg dalam setahun.
    .
  6. Minum air mineral.Air tidak mengandungi apa-apa kalori dan tidak boleh menambahkan berat badan untuk jangksa masa panjang. Tapi elakkan pengambilan garam berlebihan kerana ia akan menambah takungan air badan anda.
    .
  7. Minum susu. Susu dipercayai dapat membantu menurunkan berat disamping menghilangkan lemak di perut, terutamanya dengan mengamalkan susu rendah lemak atau pun tanpa lemak (susu Skim).
    .
  8. Minum Teh Hijau. Teh Hijau mengandungi Catechins, iaitu sekumpulan antioksidan, membantu dalam membakar sel-sel lemak terutamanya belly fat yang terkumpul di perut.
  9. Minum Kopi. Kandungan kafein yang ada dalam kopi mampu untuk meningkat kadar metabolisma badan. Seterusnya meningkatkan kadar pembakaran lemak badan kita.
  10. Jangan makan buah-buahan dengan berlebihan.Walaupun buah-buahan mengandungi vitamin dan mineral, ia juga mengandungi kalori (gula) yang boleh menggemukkan.
  11. Segenggam tangan karbohidrat.Samada anda makan nasi, roti, mee mahupun kentang (semua sumber karbohidrat), pastikan saiz hidangan tidak melebihi segenggam tangan. Kalau tak kenyang, tambah lauk.
    .
  12. Pastikan kuantiti pengambilan protein cukup.Sebagai panduan pastikan anda mengambil 2-2.5g untuk setiap kg berat badan anda. Also ingat, protein lebih mengenyangkan berbanding karbohidrat. Contoh makanan yang kaya dengan protein seperti ikan, dada ayam dan telur putih
    .
  13. Hidangan Oats. Menjadikan oats sebagai makanan malam dapat menurunkan berat badan dengan lebih cepat lebih-lebih lagi lemak yang terkumpul di sekitar perut.
    .
  14. Kawal nafsu makan!Satu-satu cara untuk mengawal nafsu adalah dengan memastikan ia tidak dapat peluang untuk kembang. Kalau nafsu makan sudah datang, maka sudah terlewat.


SENAMAN

Senaman sepatutnya menjadi aktiviti yang menyeronokkan. Tak perlu mencari trend senaman yang terkini. Yang penting anda mencari senaman yang serasi dengan gaya hidup dan minat anda.

  1. Senaman tidak wajib! Kalau anda ingin mengurangkan berat badan, senaman sebenarnya tak wajib. Tapi ia dapat membantu mempercepatkan usaha anda.
    .
  2. Angkat berat! Tak kira jantina dan umur Pastikan anda include senaman angkat berat dalam program senaman anda. Kenapa? Kerana ia membantu kuatkan otot, tulang, sendi-sendi dan akhirnya kalau anda dah kurus pun, sudah tentu anda inginkan badan yang kental kan? 🙂

    .
    .
  3. Berjogging. Anda boleh mengurangkan lemak perut dengan berjoging pada jarak yang sama setiap hari secara konsisten.

    .
    .
  4. Berbasikal adalah satu bentuk senaman kardio yang popular dan berkesan dalam mengurangkan berat badan seseorang.
    .
    .
  5. Berenang. Aktiviti berenang selama 40 minit adalah lebih efektif dalam menurunkan berat badan berbanding dengan aktiviti luar air contohnya berlari dan berjalan dalam masa yang sama.
    .
    .
  6. Skipping. Tahukah anda, melompat dengan menggunakan tali skip merupakan antara senaman yang dapat mengurangkan berat badan dengan efektif? Sebanyak 70 – 110 kalori kan dibakar dalam satu sesi selama 10 minit manakala 1000 kalori terbakar jika melakukannya selama satu jam.
    .
    .
  7. Pentingkan kualiti senaman. Senaman bukan hanya bergantung kepada kuantiti tapi yang paling penting adalah kualiti senaman anda. Pastikan anda mahir dalam persediaan dan pelaksanaan senaman anda. Kalau tak pasti, dapatkan panduan yang bernas daripada mereka yang mahir.
    .
  8. Pastikan anda bakar lemak dan bukannya glukos. Jika anda berjogging atau bermain badminton dengan harapan membakar lemak, pastikan anda elakkan minuman seperti Milo, 100Plus or Gatorade.
    .
  9. Tak perlu hari-hari. Jika bersenam, tak perlu hari-hari. 2-4 kali seminggu cukup. Biarkan badan anda rehat dan pulih … penting kualiti senaman.
    .
    .
  10. Inginkan perut yang kempis? Crunches dan peralatan abs sebenarnya tidak berkesan kerana selagi otot abs dan diliputi dengan lapisan lemak, maka otot abs anda tidak akan menonjol. Fokuskan usaha anda kepada senaman kardio dan penjagaan pemakanan untuk membakar lemak.
    .
    .
  11. Senaman untuk toning? Senaman semata-mata tak ke mana. Usaha anda perlu digabungkan dengan pemakanan yang baik untuk membakar kalori (lemak).
    .
  12. Yoga untuk kuruskan badan? Tak juga. Yoga memang sesuai untuk flexibility dan ketenangan tapi untuk senaman kurangkan berat badan, kardio jauh lebih baik.
    .
    .
  13. Sauna dan bilik steam room? Kedua-dua boleh membantu mambakar kalori dan buang air. Tak menjadi masalah anda mengunjunginya.
    .
    .
  14. Seks sebagai senaman? Yup sudah tentu. Aktiviti seks adalah contoh senaman yang sememangnya banyak membakar kalori dan juga dapat mengurangkan stres.


SUPLEMEN DAN MAKANAN TAMBAHAN

Jika digabungkan dengan diet dan senaman asas yang baik, suplemen dan makanan tambahan bantu mempercepatkan usaha anda kurangkan berat badan.

  1. Adakah pembakar lemak berkesan? Secara teori yes. Peranan pembakar lemak adalah untuk menaikkan metabolsima badan anda melalui ramuan seperti caffeine dan guarana. Jadi dengan pembakaran kalori berlebihanan ini, anda dapat mengurangkan berat badan.
    .
  2. Ingin kurangkan 1kg?Anda perlu bakar atau membuang 7,700 kalori samada melalui makanan, senaman ataupun gabungan kedua-dua.
    .
  3. Suplemen protein merupakan pilihan yang baik sebagai snek antara hidangan. Suplement protein rendah dari segi kalori, mudah dibeli dimana-mana dan boleh disimpan di pejabat mahupun di rumah.
    .
  4. Dapatkan suplemen multivitamin yang baik. Kekurangan micro-nutrisi boleh menyebabkan nafsu makan anda naik. Jadi pastikan anda mempunyai suplemen multi-vitaman yang bersesuain dengan jantina, umur dan gaya hidup anda yang unik.
    .
  5. SLIIMZGlow dari SKIINZ sebagai contoh, suplemen yang kaya dengan ciri anti-oksidan dan mampu memberikan anda kesemua keperluan khasiat anda seperti meningkatkan sistem imun, menaikkan metabolisma badan bagi pembakaran kalori yang lebih pantas, meningkatkan tenaga, mengawal pembentukan lemak baharu, mengawal paras kolestrol, mengawal penyerapan karbohidrat, mengawal para gula dalam darah, meningkatkan sistem imunisasi badan, mengawal selera makan dan bekalkan micro-nutrisi… semua khasiat penting yang anda perlukan.
    .
    .

Bagi yang anda yang kesibukan dan tidak sempat untuk memikirkan tentang diet pemakanan dan aktiviti senaman, maka SLIIMZGlow adalah pilihan yang baik buat anda. Membantu usaha anda untuk turunkan berat badan dan seterusnya mendapatkan berat badan ideal dengan lebih selamat, mudah dan berkesan.

 

Baca info lanjut tentang SLIIMZGLOW