Merungkai Punca dan Penyelesaian Obesiti

Merungkai Punca dan Penyelesaian Obesiti

“Abang..! Tengoklah, ayang dah tak boleh pakai baju lama lagi..”

Keluhan sebegini begitu sinonim dengan wanita terutama yang sudah melahirkan anak. Meskipun sudah sekian lama, ramai di kalangan wanita sukar lari daripada masalah pertambahan berat badan atau dikenali obesiti. Topik ini seringkali diperdebatkan namun bagaimanakah yang dikatakan cara terbaik untuk menurunkan berat badan dan dalam masa yang sama mengekalkan kesihatan?

Indeks Jisim Badan (BMI) merupakan piawai global, digunakan bagi mengetahui tahap berat badan setiap individu. Namun hanya mereka yang berusia 18 sehingga 65 tahun sahaja boleh menggunakannya kerana golongan ini mempunyai saiz dan komposisi tubuh yang lebih stabil.

Berapa BMI anda? Macam mana nak kira?

Takper… nak mudah, anda boleh gunakan kalkulator BMI nie 

Powered by YAZIO

Masalah obesiti boleh wujud dengan pelbagai cara. Antaranya ialah cara hidup pasif, tidak sihat dan pemakanan tidak seimbang. Faktor psikososial dan keturunan juga tidak boleh ditolak sebagai penyumbang kepada penambahan berat badan yang tidak terkawal.

Kajian menunjukkan bahawa obesiti adalah masalah kesihatan yang serius bagi kebanyakan orang. Ia meningkatkan risiko kepada beberapa penyakit yang serius seperti:

  1. penyakit jantung
  2. angin ahmar (stroke)
  3. diabetes
  4. kanser
  5. darah tinggi
  6. arthritis (sakit sendi)
  7. vena varikos (urat berpintal) dan
  8. kematian pra-matang

Pasti anda semua tidak mahu ini terjadi pada anda… betul kan?

Tanda-tanda masalah obesiti mudah dikesan kerana individu tersebut akan mempunyai tekanan emosi, rasa rendah diri dan kemurungan. Memandangkan penampilan fizikal tidak begitu sedap mata memandang, individu yang berdepan dengan masalah obesiti akan hilang keyakinan diri dalam berhadapan dengan sesiapa sahaja, tidak kira sama ada waktu kerja mahu pun ketika bersosial. Dalam kata lain, mereka kehilangan kualiti hidup serta keriangan yang ada dalam diri.

Berikut adalah antara penyelesaian yang boleh dilakukan dalam menangani masalah obesiti ini.

1.PEMAKANAN SEIMBANG

Pengambilan makanan seimbang merupakan jalan terbaik dalam mendapatkan serta mengekalkan berat badan. Namun diet yang dirancang haruslah bertepatan dengan berat badan individu. Iangan sesekali mengelak daripada mengambil sarapan kerana ia oenting dalam menyalurkan tenaga yang bakal digunakan untuk rutin harian. Ini kerana, kekurangan gula akan menyebabkan kurang tumpuan serta mudah kepenatan. Bagi memastikan paras gula dalam tahap optima, makan dengan kerap namun dalam kuantiti yang sedikit.

Pengambilan kalori sebanyak 1,400 – 1,800 kcal adalah oerlu bagi individu yang mahu mengekalkan berat badan yang ideal. Namun bagi mereka yang bermasalah obesity, nasihat doctor pakar adalah digalakkan. Kebiasaannya mereka disarankan untuk mengambil kalori sekitar 800 – 1,200 kcal untuk mendapatkan penurunan berat badan yang optima.

Mengurangkan makanan berkemak, penggunaan garam, gula dan minyak dalam masakan bo,eh membantu menurunkan berat badan. Anda harus lebih kreatif dengan mengubahsuai cara masakan, cantohnya daripada menggoreng kepada merebus atau mengukus. Amalkan makan di rumah kerana anda dapat mengawal apa yang masuk ke dalam perut. Elakkan juga makanan segera yang mempunyai sos, perasa serta pengawet. Satu lagi elemen penting dalam menurunkan berat badan  ialah makan malam haruslah diambil selewat-lewatnya jam 7 malam.

Makanan berasaskan fiber boleh membantu dalam mencapai berat badan optimal. Memandangkan ia dicerna dengan lambat, individu akan berasa kenyang dalam jangka masa yang lama. Kita memerlukan 25-30 gm/hari makanan berfiber. Antara contoh makanan berfiber ialah sayur-sayuran, buah-buahan, roti (whoe grains, pasta dan bijirin).

2.SENAMAN

Senaman juga penting kerana ia akan membakar lemak berlebihan, menguatkan otot jantung, memperbaiki kecekapan diri, menolong dalam meningkatkan lemak tepu dalam darah (HDL) seterusnya mengurangkan paras koleterol dalam darah. Bagi yang mempunyai sebarang penyakit, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu bagi mengenalpasti senaman yang bersesuaian. Senaman tidak hanya mengurangkan risiko obesiti malah minda juga akan semakin cerdas.

Senaman sepatutnya menjadi aktiviti yang menyeronokkan. Tak perlu mencari trend senaman yang terkini. Yang penting anda mencari senaman yang serasi dengan gaya hidup dan minat anda supaya boleh terus kekal konsisten.

3.AIR YANG CUKUP

Air merupakan elemen yang amat penting dalam badan kita. Air secukupnya diperlukan bagi mengelak dehidrasi, bagi proses perkumuhan untuk membuang bahan kotoran dari dalam nadan melalui proses perpeluhan, air kencing dan juga pernafasan. Peranan air juga sangat diperlukan dalam proses penyembuhan apa juga proses inflamasi. Komposisi air dalsm organ adalah 76% (otak), 90% (paru-paru) dan 84% (plasma darah). Keperluan air dalam badan dapat dikira dengan cara berat badan (kg) di bahagi dengan 30. Keperluan air secara kasar adalah 1.5-3L/hari. Dalam proses penurunan berat badan, air putih boleh dijadikan pengganti kepada air minuman yang berkalori tinggi.

4.SUPLEMEN PEMBAKAR LEMAK TAMBAHAN

Pengambilan suplemen tambahan kebiasaannya adalah untuk menahan diri dari rasa lapar dan mengawal selera makan. Ada sesetengah suplemen tambahan juga telah ditambah dengan kelebihan  manfaat untuk membantu meningkatkan metabolisma dan pembakaran lemak secara sihat dan pantas. Serba sedikit ianya turut membantu menurunkan berat badan.

Jus SKIINZ SG sebagai contoh, suplemen tambahan dengan rasa Raspberry yang sangat sedap. Ia minuman botani berasaskan gabungan 13 formulasi premium lagi eksklusif yang selamat dan sangat baik untuk membantu menurunkan berat badan anda dan menikmati gaya kehidupan yang lebih sihat.

Apa yang menariknya, pengambilan jus SKIINZ SG sangat mudah dan ia diperkayakan dengan ciri anti oksidan ini juga membantu sebagai “Health & Energy Booster”. Ia mampu memberikan anda kesemua keperluan khasiat seperti meningkatkan sistem imun, menaikkan metabolisma badan bagi pembakaran kalori yang lebih pantas, meningkatkan tenaga, mengawal pembentukan lemak baharu, mengawal paras kolestrol, mengawal penyerapan karbohidrat, mengawal para gula dalam darah, meningkatkan sistem imunisasi badan, mengawal selera makan dan bekalkan micro-nutrisiTerutama sekali cuci atau pembuangan kerak usus untuk bantu usus serap nutrisi.. semua khasiat penting yang anda perlukan

Bagi anda yang kesibukan dan tidak sempat untuk memikirkan tentang diet pemakanan dan aktiviti senaman, maka jus SKIINZ SG adalah pilihan yang baik buat anda. Membantu usaha anda untuk menurunkan berat badan dan seterusnya mendapatkan berat badan ideal dengan lebih selamat, mudah dan berkesan.

Info lanjut jus SKIINZ SG, KLIK SINI

By |2018-12-30T03:27:59+00:00December 23rd, 2018|Categories: Uncategorized|Comments Off on Merungkai Punca dan Penyelesaian Obesiti

About the Author: